"Ubat Penyakit Takabur"
Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:
1)  Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil, maka kita anggaplah yang  sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih  belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.
2)  Apabila kita bersuara dengan orang tua pula, maka kita anggaplah yang  sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama  beramal ibadah kepada Allah dari kita.
3)  Apabila kita bersuara dengan orang alim pula, maka kita anggaplah yang  sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini  memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum  mengetahuinya.
4)  Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula, maka kita anggaplah yang  sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa  disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki  ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu  yang mana satu perkara buruk dan baik.
5)  Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula, katakanlah dalam hati  bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam.  Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan  oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir  terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal  tiba kelak.
..Dan  yang sebenarnya sedarlah telah banyak manakah dosa dan pahala yang  tidak mampu kita pastikan..? renung2kanlah semua sahabatku..~Insan yang  Dhaif lagi Hina..
 
 
No comments:
Post a Comment