11/06/2010

Rasullah SAW amat menyukai minum madu...

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.



Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara
banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka
minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda
mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu
atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu
doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah
aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku
kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman
air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.
Adapun minuman jika terkumpul didalamnya
kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang
paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh
badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan
dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam
tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota
badan.


Ringkasan adab minum


1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
pernafasan ketempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain.
Hadis menyatakan bahawa saki baki air
minuman
seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit .

9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan
ataupun setelah selesai mengerjakan
kerja-kerja berat.

No comments:

Post a Comment